Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Felda Ayer Hitam juga dikenali sebagai Felda Batu Lapan ditubuhkan pada tahun 1960. Felda ini merupakan antara Felda terawal yang diwujudkan di dalam negeri Johor. Jumlah peneroka adalah seramai 336 orang yang berasal dari Johor seramai 334 orang, Melaka 1 orang dan Perak 1 orang. Kawasan Felda Ayer Hitam terletak dalam daerah Kluang dan Kawasan Dun dan Parlimen pula dalam kawasan Simpang Renggam. Bandar yang berhampiran adalah bandar Kluang iaitu 15km dari Felda Ayer Hitam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


ICT: MICROSOFT WORD – MINIT MESYUARAT

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2024

Belajar cara menyunting minit mesyuarat berdasarkan templat yang diberi.....................baca selanjutnya

PROGRAM MCMC CASHLESS SOCIETY FELDA BUKIT TONGKAT

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2024

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan keistimewaan penggunaan urusan seharian terutamanya dalam aktiviti jual beli tanpa tunai....................baca selanjutnya

PENDAFTARAN PADU BERSAMA DOSM DAERAH KLUANG

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menarik minat peserta untuk mendaftar dan mengisi borang secara atas talian dalam sistem PADU yang pihak kerajaan lancarkan pada 2 Januari 2024. ..................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti